Tuesday, March 29, 2011

Sistem kehakiman Malaysia; aturcara / prosiding mahkamah


SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA.
TAJUK: ATURCARA/ PROSIDING MAHKAMAH.

PENGENALAN
1.      Kes-kes yang dibicarakan di mahkamah ialah kes-kes Sivil dan kes-kes Jenayah.
2.      Seorang tertuduh akan dihadapkan ke mahkamah dengan pemberian,
·         Saman – dokumen mempunyai kandungan kesalahan dan meminta hadir di   mahkamah pada masa dan tarikh yang dinyatakan
·         Penangkapan tanpa waran – cara polis menangkap seorang dianggap mengancam keselamatan awam dan Negara. Cth perhimpunan haram, merusuh, mengamuk dll.
·         Waran – dokumen kuasa kepada pihak polis oleh mahkamah untuk menangkap seseorang atau menggeledah bagi mencari bukti.
3.      Aturcara/ Prosiding mahkamah boleh dibahagikan kepada
·         Aturcara/ prosiding sivil
·         Aturcara/ prosiding jenayah
ATURCARA/ PROSIDING SIVIL
1.      Undang-undang yang menyentuh hak dan t/jawab melibatkan hubungan antara individu dengan individu, individu dengan badan lain tanpa melibatkan kesalahan Negara
2.      Bentuk kes - harta pusaka, wasiat, penjagaan anak, tuntutan, keluarga, syarikat, tanah, kontrak dll
3.      Pihak terlibat – Plaintif melawan Defendan / Pemohon melawan Penentang
4.      Hasil perbicaraan – diterima atau ditolak permohonan plaintif.
5.      Hukuman – ganti rugi, injuksi, perlaksanaan spesifik
6.      Aturcara/ prosiding Kes Sivil;
§  Writ diperoleh dari mahkamah
§  Defendan boleh menuntut perbicaraan atau sebaliknya
§  Pihak Defendan membela diri – surat guaman “penemuan dokumen”
§  Perbicaraan diadakan. Cara terbuka / penyelesaian di luar mahkamah jika dipersetujui kedua pihak.
§  Pihak kalah akan membayar kos perbicaraan
ATURCARA/ PROSIDING JENAYAH
1.      Undang-undang melibatkan kesalahan dengan niat / tanpa niat. Pelaku boleh dijatuhkan hukuman mati, penjara, sebatan, denda dsb.
2.      Bentuk kes – culik, bunuh, rogol mencuri, menghasut, bocorkan rahsia rasmi dll
3.      Pendakwa raya melawan tertuduh.
4.      Hasil perbicaraan – dijatuhi hukuman jika bersalah
        Bebas jika terlepas hukuman
5.      Hukuman – gantung sampai mati, penjara, sebatan, denda dan jaminan berkelakuan baik.
6.      Aturcara/ prosiding Kes Jenayah
o   Pendakwa membawa tertuduh utk didakwa
o   Peguam bela membantu tertuduh bila dihadapakan di mahkamah
o   Pembela/ tertuduh disoal bahas saksi-saksi
o   Penghujahan hujah pedakwa  dan  pembela
o   Hakim teliti jika terdapat prima facie – tertuduh diarah bela diri. Jika hakim dapati bukti dikemukakan lemah, tertuduh akan dibebaskan.
o   Tertuduh boleh membela diri dengan cara;
-          Mendiamkan diri di mahkamah
-          Memberi keterangan affidavit/ bersumpah
-          Memberi keterangan di kandang salah
o   Hakim menjatuhkan hukuman
ATURCARA/ PROSIDING DI MAHKAMAH
1.      Tertuduh dibaca dan diterangkan pertuduhannya – mengaku bersalah/ tidak
2.      Jika mengaku bersalah – pendakwa umumkan fakta kes hukuman yang dijatuhkan mahkamah.
-          Jika mengaku tidak bersalah – pendakwa dan tertuduh (bersendirian/ melalui peguam) memeriksa balas semua saksi masing2
3.      Hujahan penutup kedua pihak – hakim membuat keputusan berdasarkan bukti dan keterangan saksi.
4.      Ketiadaan bukti – pihak tertuduh dibebaskan
-          Terdapat bukti kukuh – dihukum mengikut undang2

Rayuan boleh dibuat di mahkamah – Tinggi
                                                            Rayuan
                                                            Persekutuan (rayuan akhir)

5.      Hukuman

1 comment:

  1. The Best Casino Games You Can Play Now - DRMCD
    Best Casino Games 경기도 출장마사지 You Can Play Now · Golden Tiger · The Diamond Rush · Craps · 나주 출장안마 Jackpot 6000 · Red 진주 출장샵 Dog Poker 논산 출장샵 · Wheel of 정읍 출장샵 Fortune · Slots

    ReplyDelete